“Dan persiapkanlah untuk menentang mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan dari kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, agar dengan persiapan itu gerunlah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu.” (Al-Anfal : 60)

Sabda Rasulullah SAW :
”Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

"Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah" (Riwayat Ath Thahawi)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday 31 May 2013

Bow Master di dalam Segmen Khas NUANSA

Bow Master di dalam Segmen Khas NUANSA, Harian Metro 31 Mei 2013

"Busana, Memanah lengkapi tradisi Kesultanan Melayu"




Harian Metro
Segmen NUANSA
31 Mei 2013 (JUMAAT)

Tuesday 28 May 2013

Sunnah Memanah (Bahagian 1)

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.

Sukan memanah adalah termasuk dalam salah satu acara kegemaran Rasulullah SAW sepertimana yang disebut dalam salah satu hadithnya;
“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar, dan Thabarani)


Secara dasarnya, teknik memanah dapat dibahagikan kepada 2 kategori, 
iaitu :

1. memanah secara naluri (instinctive)
2. pandangan (sight).

Pembahagian jenis busur dan teknik memanah :
1. busur tunggal (single/one piece bow) - separa-naluri (semi-instinctive)
2. busur berangkai (take-down bow) - separa-naluri (semi-instinctive) 
[disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga anak panah (arrow rest).]
3. busur tradisional - naluri (instinctive)
4. busur kompaun - pandangan (sight) [sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.]

Walaubagaimanapun, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah namun jika kita perhalusi, terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti untuk mentakrifkan perbezaan mahupun persamaan antara sunnah memanah dan memanah secara sunnah.

InsyaAllah, di dalam topik ini, kita perbincangkan untuk mencapai maksud, cara, dan teknik untuk memanah secara sunnah agar sama-sama kita dapat merungkai dan menikmati nilai-nilai ibadah yang terdapat dalam sunnah memanah Rasulullah SAW, dalam sebaik-sebaik mencontohi perilaku dan perbuatan baginda Rasulullah SAW.



PENGERTIAN SUNNAH MEMANAH

Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir RA dia berkata:
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:
'Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya  kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah  memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.'"
- Sahih Muslim Hadith no. 1917

Di dalam hadith ini dapat ditakrifkan bahawa di dalam aktiviti memanah ini ianya menitikberatkan dan memerlukan nilai kekuatan yang ada pada diri kita. Maka untuk ditakrifkan kepada memanah secara sunnah agar dapat mencapai tahap beribadah seperti baginda Rasulullah SAW, 'kekuatan' yang dimaksudkan adalah meliputi aspek zahir (perbuatan) dan juga rohani/batin (niat). Jika pemanah memahami dan mengamalkan kedua-dua aspek zahir dan rohani ini maka lahirlah kekuatan menyeluruhi luaran dan dalaman setiap pengamal seni sunnah memanah ini.

KEKUATAN MEMANAH BERMULA DARIPADA ASPEK ROHANI/BATIN

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang akan memperolehinya atau wanita yang ingin dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
- Hadith riwayat Bukhari Muslim

Kepentingan memanah yang diterapkan dapat mewujudkan kekuatan ummah dalam berjihad kerana dalam keadaan/situasi tertentu, setiap muslim sejati wajib membentuk unit terkecil ketenteraan di dalam jihad fi sabilillah. Jihad Fi Sabilillah ini tiada pengecualian samada tentera dan bukan tentera atau polis dan orang awam kerana semua Muslim menjadi wajib ke atas diri mereka atas kemampuan mereka malah sekecil-kecil jihad itu melalui jihad hati.



Seperti yang kita sedia maklum, Jihad itu terbahagi kepada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Oleh itu, induvidu Muslim itu sendiri tidak boleh melepaskan bebanan tanggungjawab/amanah ke atas orang lain, malah individu Muslim perlu mencari ilmu untuk mempertahankan diri sendiri dalam konteks jihad ke atas diri sendiri kerana membuat persiapan untuk perang jihad itu adalah WAJIB, manakala pergi berperang itu boleh jadi Fardhu Kifayah atau Fardhu Ain.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad (perang) dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad (perang), ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
- Muttafaq Alaih

Merujuk kembali kepada NIAT MEMANAH, setiap pengamal sunnah memanah ini  perlu berniat bahawa mereka memanah adalah sebagai persiapan untuk jihad fi sabilillah dan tiada yang lain. Maka dengan niat ini insyaAllah akan mendapat syafaat baginda Rasulullah SAW dan ganjaran serta perlindungan daripada Allah SWT. Sebaliknya, jika pemanah itu memanah kerana hobi, budaya, riadah dan sebagainya, maka setakat itu sahajalah ganjaran amalannya dan ianya menjadi sia-sia belaka.



Bermula dengan niat yang utuh dan ikhlas akan terlahirlah pemanah sunnah yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan tahap permainannya secara beristiqomah dan sentiasa memperbaiki untuk mencapai tahap panahan terbaik. Dengan semangat juang yang tinggi ini, semangat dan perbuatan pemanah ini akan menjadi semakin membara untuk berjuang pada jalan kebenaran dan sentiasa berusaha untuk mencari peluang untuk berada pada jalan perjuangan. Maka akan terlahirlah KEKUATAN yang tiada tolok bandingannya seperti mana yang disebut di dalam hadith di atas.

Wednesday 24 April 2013

Handmade Traditional Recurve Bow

Assalamualaikum. Buat penggemar sukan memanah tradisional atau bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan sukan sunnah memanah, Bow Master menawarkan Set Memanah Tradisional pada harga MAMPU MILIK. Misi kami adalah untuk memupuk minat anda semua terhadap sukan sunnah memanah Rasulullah SAW.

Apa yang pasti, pakej yang kami tawarkan tidaklah membebankan bakal pemiliknya. selaras dengan slogan kami, kami berupaya untuk menjadikan sukan sunnah memanah ini sebagai sukan rakyat agar semua lapisan masyarakat kita dapat bersama-sama mengamalkan sunnah memanah Rasulullah SAW.

SET MEMANAH TRADISIONAL dengan PAKEJ ANAK PANAH ALUMINIUM



Handmade Traditional Recurve Bow

ALUMINIUM ARROWS PACKAGE

Come with set in a box
1 Bow + 3 Aluminium Arrows  + 1 Bullseye Target
RM320.00/set
Poundage : 40 - 45 lbs

Postage :
RM30.00 (Peninsular Malaysia)
RM60.00 (Sabah & Sarawak)

Available Color : Black/Green/White
40 - 45 lbs


Semoga kita bersama-sama memperoleh syafaat Rasulullah SAW dalam menghidupkan kembali sunnah memanah ini. InsyaAllah

...................................................................................

"We are striving to make an archery accessible to all. With an affordable price, you'll become like a PRO. Trust us & believe in yourself. Its is not the wind, the bow nor the archer,  it is only GOD, who bring your arrow to its target."

For more detail, please contact Bow Master by :
Page Inbox : Bow Master
Email : bowmastermalaysia@gmail.com
Phone : 0137327653 (SMS ONLY)

Thursday 14 February 2013

Selamat Datang Ke Bow Master Malaysia


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Terima Kasih kepada anda kerana sudi melayari laman blog Bow Master Malaysia.
Sememangnya kami agak baru dalam dunia pembuatan busur ini.
Adapun tujuan utama kami menceburi bidang perniagaan ini adalah kerana untuk memudahkan semua golongan untuk memiliki peralatan memanah pada harga mampu milik.
Sesungguhnya sukan ini pada suatu ketika dahulu adalah dimainkan oleh semua lapisan masyarakat baik yang kaya mahupun yang kurang berkemampuan.

Sukan memanah ini juga merupakan salah satu Sunnah tuntutan Rasulullah SAW terhadap semua masyarakat Islam seperti mana yang telah dinyatakan dalam hadith baginda yang bermaksud : "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehinggalah pada hari ini, yang mana kita semua ketahui, sukan memanah ini telah menjadi hobi bagi golongan elite sahaja dek kerana harga peralatannya yang tinggi di pasaran. Jadi kami mengambil keputusan untuk menghasilkan busur panah yang pada harga yang rendah tapi berkualiti demi merakyatkan semula sukan Sunnah Memanah ini.

Semoga kita bersama-sama memperoleh syafaat Rasulullah SAW dalam menghidupkan kembali sunnah memanah ini. InsyaAllah

...................................................................................

"We are striving to make an archery accessible to all. With an affordable price, you'll become like a PRO. Trust us & believe in yourself. Its is not the wind, the bow nor the archer,  it is only GOD, who bring your arrow to its target."

For more detail, please contact Bow Master by :
Page Inbox : Bow Master
Email : bowmastermalaysia@gmail.com
Phone : 0137327653 (SMS ONLY)